Monday, 26 January 2009

0

Potret bermadah....

Comelkan gambar ni?

Wah~

Bulan 9 baru dapat balik!!

Tak dapat raya kat Malaysia pulak tu....

Dengar-dengar tiket bulan 9 da abis!

Adududududuh.......

Sunday, 11 January 2009

0

Hanya Hamba....tiada siapa-siapa.

Hamba ini hamba ilahi,
diikat janji pertuanan robbi,
Diri ini diintai pasti,
Intaian kota yang cuba didiri..
*************************************************************************************
Hamba ini hamba ilahi,

Tidak dinafikan lagi...hidupnya kita,hidup menumpang.Hidupnya kita, hidup menagih.
Walau siapa-siapa pun kita, besar mana pun,kecil mana pun,kaya mana pun, miskin mana pun,pandai mana pun,jahil mana pun,baik mana pun atau jahat mana pun.TETAP dan PASTI nya, kita hamba Ilahi.

Sedarkah kita akan hakikat ini?
Setiap saat setiap ketika,tangan kita tadah.
"Ya Allah...berikan ampun pada ku."
"Ya Allah...berikan Aku itu."
"Ya Allah..berikan aku ini."
"Ya Allah..berikan aku sana."
"Ya Allah..berikan aku sini."
"Ya Allah...perkenankanlah doaku."
Namun, tetap udaraNya kita hirup!tetap bumiNya kita pijak!dan tetap langitNya kita berteduh!
Dalam kita meminta yang lebih,kita sememangnya telah pun 'meratah' nikmatNya. Kecilkan kita?Hinakan kita?


Cuba kita bayangkan.....
mampukah kita hidup tanpa Ilahi?
Cuba Kita ukur.....
Mampukah kita merasakan keseronokan dunia tanpa izinNya?
Cuba kita hitung.....
Berapa banyakkah kita merasa perlunya TUHAN dalam hidup kita?
Cuba Kita nilai....
Bersyukurkah kita?
Cuba Kita tilik....
Penghuni syuga atau neraka kah kita?
Bagaimanakah kesudahan kita wahai sahabat?
Tertawakah?Terseksakah?

Ya Allah!HambaMu ini merayu!Kasihanilah kami!Simpatilah pada kami!
Benar Tuhan!Benar!
Aku tak punya kuasa sedikit pun dalam menentukan nasib diriku!
Benar Tuhan!Benar!
Aku tak berupaya sedikit pun untuk berbuat apa-apa,tanpa Belas kasihan dariMu tuhan!
Aku tagih empati Mu tuhan!
Aku dahagakan pertolonganMu tuhan!

Begitulah..resam hamba...minta,minta dan terus meminta.
Kalau lah manusia punya hamba,yang asyik2 meminta,
sudah pastinya hamba itu ditendang..
"Ambik kau hamba tak sedar diri! aku dah kasi kau makan pun dah cukup,kau tahu?Kau ingat aku siapa?Aku bukan orang yang kau boleh meminta-minta.Kau buat kerja kau!Jangan banyak soal!Dah hamba tu hamba sajalah.Faham?Atau kau mahu aku terajang kau lagi?Ha?"
Itu manusia....tetapi....
kita perlakukan tuhan begitu,terus meminta tiada malu.Siapa kita?
Namun..Allah,sifatnya Maha segala...Maha sayang pada kita.
Tak mengapa hambaKu...kau tunggulah dan aku menunggu jua...
Atas sayang Muhammad...kita masih lagi bernyawa...
Atas kasihnya Muhammad...Allah beri kita masa....sampai suatu masa....yang pasti tiada lagi tunda.

Ya Allah...segalanya atas dasar simpati rupanya aku hidup di dunia ini...


diikat janji pertuanan robbi,

"Wa maa Kholaktu jinni wal ins,illaa liya'buduun...."

Wahai hamba yang tidak tahu erti segan dan silu...
Lupakah kamu wahai hamba?
Ingatkah kamu,bahawa kamu telah berjanji?
Kamu berjanji,kamu akan menyembah tuhan yang satu bukan?
Kamu berjanji,kamu akan melaksanakan arahan dan meninggalkan tegahanNya bukan?

Tidak ingatkah kamu?
Lantas,apalagi yang perlu diingatkan wahai hamba?
Kotakan janji mu wahai hamba! Kotakan!

Diri ini diintai pasti,

Awas wahai hamba...
ada yang memerhatikan mu...
ada yang mengekori mu...
ada yang mengawasi mu...
"Benarkah?siapa?di mana dia?"
Takutkah kamu wahai hamba?
Mengapa?
Jangan khuatir...
Dia tidak jauh dari kamu...
dekat sahaja...
malah sangat hampir...
bahkan hampir lagi dari urat leher mu sendiri...
Cuma mahu tahu, adakah kamu hamba yang taat?
Cuma mahu tahu, apakah kamu hamba yang toleh?

Apakah kamu fikir kamu diciptakan untuk main-main?
Apakah kamu fikir kamu diciptakan dengan sia-sia?
TIDAK bahkan TIDAK!
Ada caturan buat kamu!
Ada perhitungan dengan kamu!
Dikala kamu seorangan..
Dikala kamu tiada berteman..
Dikala kamu ketakutan..
Kamu...tidak akan boleh lari lagi...
Neraca mu membacakan segala.
Jangan kamu tidakkan ia...
itulah kamu hamba Allah!atau..hamba syaitan?


Intaian kota yang cuba didiri.

Ya...aku tahu..untuk itu aku dihidupkan..
Ya..aku tahu..untuk itu aku diberi nafas..
Ya..aku tahu..Tuhanku Allah,Ilahi robbi!
Ya..aku tahu..aku dengan nama ku..
akulah hambaMU..wahai tuhan..
Janji..aku taburi..
kota..pastinya Kau ingini..
Benarkan Tuhan?
Aku cuba...
Cuba mengotakan janjiku..
Aku bukan siapa-siapa..
Jari yang menari menaip ini..
Bukan aku yang punya kuasa..
Allah yang berikan padaku kuasa..
tuhan...jika tiada Engkau memeliharaku..siapa lagi tuhan?

Tuesday, 6 January 2009

1 comments

Dunia Baru Islam...


Masih basah kenangan indah

Zaman cemerlang era gemilang

Ketika rasul ada di sisi

Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwah era khulafah

Islam laksana api yang menyala

Menerangi teman dan juga sahabat

Bahang panas yang membakar lawan

Di celah itulah

Kami mengatur langkah

Membina sebuah thoifah

Di sini barah tak pernah padam

Digenggam kukuh

Sebuah azam...

Masih basah kenangan indah

Zaman cemerlang era gemilang

Ketika rasul ada di sisi

Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwah era khulafah

Islam laksana api yang menyala

Menerangi teman dan juga sahabat

Bahang panas yang membakar lawan

Di celah itulah

Kami mengatur langkah

Membina sebuah thoifah

Disini barah tak pernah padam

Digenggam kukuh sebuah azam

Ayuhlah para mujahid

Ayuhlah para mujahidah

Kita tinggalkan zaman fitnah

Agar tertegak

Kalimah Allah

Agar terbangun

Dunia Baru Islam!

Dunia Baru Islam!










---> Rasa semangat setiap kali dengar lagu ni...

Bila ya zaman khalifah boleh kita bina semula?

Allah dah janjikan kemenangan buat kita - Islam!

InsyaAllah...

bersatulah saudaraku!





Monday, 5 January 2009

5

Palestine....


Saya umat Islam...


Ya...saya tahu saya umat islam..


Saya tahu...saya seorang muslim....
Saudara di Palestine juga..


Sama macam saya...


Mereka muslim juga,


kami,saya dan Saudara di Palestine..


Kami muslimin....





Tapi...

Saudara saya di Palestine dibunuh!


Saudara saya di Palestine diinjak-injak...!


Saudara saya di Palestine dihenyak-henyak...!
saya?




Ya Allah...




Saya mahu menolong mereka...


Tapi...kudrat wanita...






Mampukah?





Rasa seperti mahu sahaja ke sana...


Saya mahu peluk mereka...


Kalau boleh mahu menenangkan mereka...


Mahu membantu mereka...


wah~


Alangkah bahgianya saya kalau dapat tetak kepala zionis tu sampai putus!


Kalau lah dapat lakukan begitu walaupun sekali...pun saya puas..


Alangkah berbunganya hati saya kalau dapat tembak perut zionis sampai hancur!


Baru padan dengan muka mereka!


"Apa kamu fikir saudara aku tiada harga?''


"Apa kamu fikir aku tidak ambil peduli?"


Ya Allah....Bencinya aku pada yahudi!


Tapi...kalau saya benci....selamatkah saudara saya?



Kalau saya marah sebegini....terbelakah sahabat saya?
Hmm...cemburu sangat bilamana mendapat tahu MERCY Malaysia akan berangkat ke Palestine untuk membantu saudara saya.












Rasa mahu sahaja turut meyertai mereka..

Tapi...apakah saya dibenarkan untuk bersama-sama mereka?


Terasa mahu sahaja pergi ke Palestine..

Terfikir juga.."Pergi sajalah...Naik flight,sampai kat sempadan...seludup masuk."


tapi...pergi tanpa ilmu,pergi tiada bekalan...itu tindakan bodoh namanya.


Bukan mati kosong yang saya takutkan..


Cuma terfikir...jika saya berbuat begitu...adakah dikira saya telah membantu saudara saya?


Ya Allah...apa yang perlu saya lakukan?saya sayang saudara saya...agama saya!


Doa?


Ya!Doa!


Tapi..doa perlu diiringi dengan usaha..


Palestine...


jahatkan aku?Buntu memikirkan pertolongan apakah yang boleh aku berikan pada kalian!

Kalian sabar ye?


Tunggulah sikit masa lagi..


Aku cuba buktikan bahawa sayang aku pada kalian bukan main-main..


Sabar ye?

Jika hari ini ramai yang terkorban...

6 tahun lagi...kalian lihat sahaja...

Aku akan bersama-sama rakan-rakan yang lain akan turun juga ke Palestine!



Ya..aku tahu...6 tahun tu lama..


aku tahu...masa yang sehari itu pun kalian rasakan bagai setahun..


aku tahu..kalian perlukan pembelaan sekarang..bukan enam tahun lagi..

aku tahu..dalam masa 6 tahun itu..berjuta nyawa kalian yang akan diragut..

Tapi..percayalah...aku bukan sengaja.Aku memang mahu bantu kalian..

Kalian sabar ye?

Nantikan aku...

Minta Maaf kena sekarang aku hanya boleh menangis bersama kalian.


membantu dengan cara aku sendiri..


Aku cuba...Akan aku cuba.InsyaAllah...



Aku cuba yang termampu..



untuk belajar bersungguh-sungguh..



semoga dengan kedatangan aku ke sana nanti



dapat menenangkan hati saudaraku..



semoga...anak2 kecil dan mujahidin dan mujahidah yang tercedera dapat aku bantu denagn ilmu yang Allah beri...



Aku cuba..










Wednesday, 31 December 2008

0

Harga

Harga?



Rm 2 ? Rs 2 ? USD 2 ? same ke nilainye?hmm....



brape banyak benda kat dunia ini boleh dinilai dengan nombor mcm ni?



usaha?boleh ke?hmm...brape ye?



Rm 10?



tak nak!



USD 10.



Wah...murahnye....abis...ape yang mahal?Nak letak brape harganya baru boleh kate usaha tu mahal?



Tak...



salah...



kenape?



....sebab ramai yang akan kate...'saya buat semua ni ikhlas,saya tak mintak bayaran.'



....Habis...



ikhlas.



Itu sahaja...



usaha + ikhlas....xde nilai.Ikhlas...umpama semut hitam di atas batu hitam di malam hari.Siapa boleh nilai?Kalau ade yang menilai pun die takkan tahu betul atau tidak penilaiannya.Hanya Dia yang tahu.Allah sahaja yang Maha Mengetahui.







Seorang tukang masak....kalau tak tukang masak pun kita analogikan seorang ibu.



Mereka memasak....Mungkin kerana tanggungjawab, boleh juga dikatakan yang mereka memang suka memasak.



Bagi yang suka memasak...bukan dia mintak pujian dari orang yang merasa masakannya.



Die peduli ape?Orang puji atau tidak..dia akan tetap memasak...



Die xkisah kalau orang nak kata sama ada masakan dia tu sedap ke...kurang manis ke..kurang masin ke....yang penting dia dah masak..dan ada yang nak merasa masakannya.Tak makan kenyang2 pun tak pe...asalkan ade yang sudi mencuba.Takde orang yang masak kemudian buang masakan dia.






Bayangkan...seorang ibu yang menanti anak-anak di rumah.Sebab sayang..cuba memasak makanan kesukaan anak-anaknya.Dengan harapan supaya anak-anaknya gembira.



' Nak..marilah makan...mak dah masak ni...'



'La...mak masak ke?Tapi kami dah makan dah tadi mak..tak pe la ye mak..terima kasih banyak2.'



hmm....tiada kah penghargaan?Mesti ibu sedihkan?Kesian pada ibu....



'tak pe..mak simpankan ye?Nanti kalau lapar, makanlah ye?'



Begitulah selalunya....Masih berharap supaya anak-anak merasa masakannya.



Cuma mahukan anaknya gembira....tiada harga!



Perasaan sayang seorang ibu tidak boleh diletakkan harga..



Begitulah...



Sahabat....kadang-kadang, sesuatu itu tiada harga.



Jangan kita meletakkan harga untuk sesuatu yang diselangi kasih sayang dan usaha.



Mereka tidak minta diletakkan harga.



Cuma...adab kita.



Ya...adab....cubalah menghargai.






P/s : Semalam titik ini.tak mengapa....

terima kasih kepada yang mengargai..









Tuesday, 30 December 2008

4

Warkah Puteri Tasbih

Alhamdulillah hi rabbil alameen...wassolatu wassalamu 'ala rasulillah..



Segala puji bagi Mu tuhan...Dengan limpah rahmat dan izin dariNya.

Dapat juga buat blog ni...dah lame nk wat blog sendiri sebenarnya.Sebelum ni pun dah ade blog kat friendster..Tapi lambat sangat.Kadang-kadang bila nak menulis, selalu tak jadi sbb mood nak menulis tu dah hilang disebabkan lambatnya proses nak masukkan entry tu.

Takpelah..wujud jugak " Warkah Puteri Tasbih " ni.

Semoga site ni boleh menjadi tempat meluahkan ape yang payah untuk diluahkan kpd org lain..Sbb kdg2...penulisan merupakan medium paling baik untuk kita bercerita.

Hmm...suka tajuk ni.."Warkah Puteri Tasbih "..

Mula-mula tak tahu nak wat tajuk ape..last2 terfikir plak yang ni..





Warkah, ya...inilah warkah..bahan bertulis yang ditulis untuk dibaca oleh orang lain.bezanya,warkah ini tidak dihantar melalui pak cik posmen.Sebaliknya dipost melalui laman komunikasi maya untuk bacaan orang lain.Sebagai satu wasilah untuk berkongsi isi hati , pengalaman dan dapat dijadikan ikhtibar untuk pembaca juga diri sendiri.









Puteri , hmm...am i a princess?




hehe...insyaAllah...saya bercita-cita untuk menjadi ketua segala bidadari di syurga.Saya mahu menjadi puteri mereka.Boleh kan ya Allah?Tunjukkan aku jalan ye yaAllah?Bukankah aku hamba yang Engkau sayang?Sbb aku sayang Pada Engkau juga Ya Allah..Betul..Tak tipu..Sungguh!Sbb tu aku ckp...aku tak dapat hidup tanpa Mu.Luruskan jalanku Ya Allah..









Tasbih, bukankah tasbih sinonim dengan zikir?Ya biji tasbih yang saya ada berwarna putih..




Macam mutiara..macam permata.cuma tak berkilau.Tapi siapa yang dapat melihat di sebalik biji tasbih yang tak berkilau?Siapa yang pandai-pandai dapat membaca nilai atau harga biji tasbih yang tak berkilau di pandangan mata kasar?Siapa tahu di dalam nya?




Kadang-kadang,tasbih yang lusuh,tasbih yang lunyai, tasbih yang pudar itu yang paling disayangi.hhm...Kenapa ya?




Kerna tasbih yang tidak berkilau itulah yag menjadi saksi untuk ahli zikir di akhirat kelak.Biji Tasbih yang dikatakan tidak berkilau itulah yang menjadi teman si perindu ilahi robb.




Selain itu, tasbih juga melambangkan perhambaan pada tuhan.Sbb..puteri adalah hamba tuhan..puteri mahu ingat selalu pada tuhan..Zikir puteri bersaksikan tasbih.Semoga Impian terlaksana..Puteri bidadari syurga yang bertiketkan zikir dengan tasbih sebagai saksi.Besar cita-cita puteri tasbih....