Monday, 28 May 2012

0

Hadiah di Hari Jadi..

Bismillahirahmaanirrahim..
Lafaz kabir memulakan bicara.. =)

Happy belated birthday to me !
Alhamdulillah, usia telah pun menjejaki angka 24.. Allah, Allah.. tuanya saya..
Siapa yang meminjamkan kehidupan dan helaan nafas ini melainkan Dia kn?
Alhamdulillah !

Namun, dihari lahir kali ini, Allah menghadiahkan saya dengan sesuatu yang benar-benar menguji tahap tawakal saya padaNya.. memang mudah untuk mengungkapkan syukur dan puji buat Allah.
Namun, ianya hanya akan terbukti pabila kita diuji, benarkan?
Tulislah sepenuh blog ini bahawa kita bersyukur padaNya..
Senaraikanlah kalimah Alhamdulillah sebanyak-banyaknya. 
Namun itu tidak menggambarkan letak duduk hati kita yang sebenar..
Ketahuilah, bahawa Allah Maha mengetahui, kerna ditanganNya lah letaknya hati-hati manusia.. 
Lalu dijerkahNya manusia dengan ayat ini :

29:2 "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ""Kami telah beriman"", sedang mereka tidak diuji lagi?"

29:3 Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.  


Supaya manusia sedar.. supaya mereka membatasi butiran yang keluar dari bibir..
Ya.. saya kira ini teguran buat diri ini..
Kerna saya fikir saya telah bersyukur..
Namun hakikatnya, pabila diuji.. 
Rupanya saya bukanlah hamba yang berserah diri..


Saya menidakkan ujian Allah dan mempertikaikannya..
Allah2.. Ampunkan daku.. Kembalikan aku untuk terus merasakan diri kerdil..
Kembalikan aku untuk terus merasakan bahawa dunia ini bukan milikku..
Kembalikan aku untuk tunduk dengan hati hamba seraya menyerahkan segalanya padaMu..

Wahai diri..
Kembalilah.. sujudlah dan bertaubatlah..
Allah Maha Ada dan Maha memimpin..
INi teguran kasih sayang..
Percayalah dan tetaplah denganNya.. 
nescaya darinya jualah jalan keluar akan dibentangkan seluas-luasnya.. 

Chicken Pox di kala usia kandungan menjangkau 11 minggu benar-benar bukanlah sesuatu yang dirai. 
Bukan risaukan kesihatan diri.. 
jauh sekali fizikal yang buruk akibat Varicella Zoster..
Namun yang merunsingkan adalah keadaan bayi dalam kandungan..
Apakah keadaannya bayiku didalam ini?
Adakah virus halus ini telah menodainya?
Allah... 
Risiko 1-2 % kecacatan pada bayi benar-benar merunsingkan..
Allah..
selamatkan bayi ini.. 
tolong berikan padanya jaminan kehidupan yang sempurna sepertimana yang 
Engkau berikan kepada ramai bayi diluar sana..
Allah..
Peliharalah bayi ini..
Tolong berikan jaminan padanya bahawa dia mampu survive walaupun 
aku dan suamiku meninggalkan dunia fana suatu hari nnt..
tiada kudratku untuk memeliharanya melainkan Engkau saja yang kuharapkan jadi pelindung.

Gugur kali pertama di bulan disember 2011 benar-benar buat saya kecut perut 
untuk menghadapi risiko buat kandungan kali ini.
Sekali lagi wahai Allah !
bayi ini hambaMu..!
Sekiranya engkau mentakdirkannya buat kami..
Berilah kami segala yang terbaik..

Ameen.. 
Ameen..
Ameen..

 




p/s : baby.. besar baik-baik tau.. jgn risau.., InsyaAllah.. Allah kan ada? ^^


 

Monday, 6 February 2012

3

I'm Back after 2 years !

Allah2... Lama benar dah tak update blog ni. Alhamdulillah, tergerak hati hari ni utk coret-coret sedikit ttg apa yang dah berlaku selama hampir 2 tahun 'bersembunyi'.

Segala puji bagi Allah tuhan yang hanya satu disembah !
Maha cantik segalanya yang diaturkan.
Percayalah sahabat, Allah sangat sayangkan kita melebihi kasih ibu dan bapa, tidak akan sesekali dibenarkanNya kita sendirian sedangkan Dia telah berjanji bahawa semuanya diciptakan berpasang-pasangan.

Oct 2010 : Bertunang

Upacara sarung cincin

Bergambar kenangan bersama kedua ibu bapa Antara hantaran dari pihak lelaki

Hantaran pihak perempuan

April 2011 : Kahwin

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerna telah menetapkan hati kami berdua dalam pemilihan ini. Alhamdulillah kerna Dia jua yang telah memudahkan segala urusan.
Majlis yang ringkas dan singkat namun meriah. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
Tiada kata yang dapat diungkap atas pernikahan ini. Semoga Allah jualah yang memeliharanya bagi pihak kami, kami hambaMu yang berserah diri. Amin...

Terima kasih tidak terhingga kepada kedua ibu bapa yang banyak bekerja keras untuk menjayakan persiapan majlis sepanjang ketiadaan kami di tanah air. Alhamdulillah, final exam 3rd year MBBS dilalui dengan tenang sebelum berangkat pulang ke tanah air untuk persiapan majlis beberapa hari kemudiannya.

Terima kasih juga pada Aspera production atas sponsor video dan gambar2 perkahwinan.


Allah.. Engkau yang menyatukan hati kami Ya Allah.
Berkatilah perkahwinan ini dan tetapkanlah cinta di hati-hati kami.
Allah.. Engkau yang mentakdirkan rumahtangga ini Ya Allah.
Limpahkanlah kami keampunanMu dan tunjukilah kami ke syurgaMu.. Amiiin..




Alhamdulillah.. setelah setahun kami mula saling mengenali antara satu sama lain. Alhamdulillah, perkenalan yang tidak dimulai sebelum berkahwin. Allah.. peliharalah..

2 tahun yang berlalu dirasakan begit singkat. sedar tak sedar diri bertukar status dari seorang bujang, menjadi tunangan orang kemudiannya kini memegang status isteri. Tidak dirasakan juga betapa cepatnya masa berlalu, 5 tahun di India kini hampir dihujungnya, InsyaAllah 7 bulan dari sekarang, kami bakal pulang ke Malaysia for good.

Tiada kata yang boleh di ungkap melainkan Alhamdulillah. Tetapkan lah hati-hati ini untuk menjadi hambamu yang bersyukur.. ^^

Gerun mengingatkan ayat ini : " Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman