Thursday, 10 September 2009

5

Jelinglah Sebentar....



Jelinglah sebentar :



Israel tetap teruskan pembinaan



Gambar bertarikh 7 September merakamkan projek perumahan baru yang sedang dibina di kawasan penempatan Yahudi, Har Homa di timur Baltulmaqdis. – AFP


BAITULMAQDIS

9 Sept
2009




Israel tetap akan meneruskan rancangannya untuk membina beratus-ratus apartmen di kawasan yang ditawannya di timur Baitulmaqdis, kawasan yang diimpikan oleh penduduk Palestin untuk dijadikan negara mereka pada masa depan, yang merumitkan lagi hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) yang sedia tegang yang menuntut agar kerja-kerja pembinaan itu dibekukan.

Kerajaan Yahudi telah memilih pemaju untuk membina 486 apartmen baru di kawasan berhampiran Pisgat Zeev selepas kerja pembinaan lama tertangguh berikutan pertikaian mengenai harga, menurut satu

pengumuman yang disiarkan semalam.


Israel telah meluluskan projek itu sebelum ini, namun pemilihan pemaju ditunda kerana masalah harga.

Tawaran dibuka untuk pembinaan 668 apartmen, namun kerajaan hanya melayan kertas cadangan yang memenuhi syarat minimum.

Pembinaan tersebut dirancang di luar sempadan sebelah timur laut Baitulmaqdis dan akan merapatkan jarak antara Pisgat Zeev dengan kawasan penduduk Palestin, lapor akhbar Haaretz hari ini.

Pengumuman mengenai pemilihan pemaju itu dibuat beberapa hari selepas AS mengkritik Israel kerana membenarkan pembinaan beratus-ratus penempatan haram yang baru di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis.


Gambar bertarikh 29 Julai merakamkan kawasan penempatan haram Yahudi di Pisgat Zeev di timur Baitulmaqdis yang dilengkapi kemudahan moden, dan di belakangnya ialah khemah Shuafat yang menempatkan pelarian Palestin dipisahkan oleh tembok yang dibina oleh Israel. – AP


Tindakan tersebut turut dikutuk penduduk Palestin yang mengecam bahawa tidak ada sambungan semula rundingan damai selagi negara Yahudi itu tidak menghentikan pembinaan di kawasan berkenaan.







Penduduk Palestin mahu kawasan Tebing Barat, timur Baitulmaqdis dan Genting Gaza dijadikan negara baru mereka pada masa depan.

Kesemua kawasan itu ditawan Israel dalam perang pada 1967 sebelum berundur dari Gaza pada 2005.


Bismillahirrahmanirrahim...


Palestinian....

Mereka siapa sahabat??
Kalian kenal mereka??
"Oohhhh...mereka....alah...yang sedang berperang tu...
perang dengan Israel tu lah....kn?"
Harap tidak begini jawapan kalian....


Mereka SAUDARA KITA...sahabat...
Ayah kITA...!!
Ibu KITA...!!
Kakak KITA...!!
Abang KITA...!!
Adik KITA...!!
Semuanya di sana sahabat!!!
Semuanya terperangkap di dunia sempit mereka...
Yang menghambakan nyawa pada muncung senapang demi AGAMA!!
Yang rela jasad diremuk, dihenyak demi ISLAM!!


Tapi kita???

Tiada ruangkah mereka di hati KITA???
Tiada simpati kah untuk mereka???
Tiada sayangkah buat mereka???


Seolah-olah kita mati tanpa menjamah KFC???
Selah-olah gelap dunia tanpa menghulurkan duit pada McD??
Seolah-olah pecah tekak jika tidak meneguk Coca-cola??

Atau...

KITA rasa ketinggalan tanpa mengguna hp berjenama NOKIA??
KITA rasa hodoh dan tidak menarik tanpa MAYBELLINE??
KITA rasa miskin jika tidak menyarung pakaian berjenama LEVIS??

HANYA UNTUK INI PALESTIN KITA GADAIKAN???

Kita tak ada ditempat mereka..
sebab itu kita tak tahu!!!
Kita tak rasa apa yang mereka rasa...
Sebab itu kita tak ambil peduli!!!
Kita tak mati dibunuh seperti mereka...
Sebab itu kita tak kesah membunuh!!!
Rumah kita tak diroboh sepertimana rumah mereka dihancurkn...
Sebab itu kita tak kesah kalau ISRAEL bina hatta sejuta rumah pun di Palestin!!

Tapi...
isunya di sini...
Siapa mereka untuk pertahankan Islam??
Siapa kita untuk tak bersatu untuk Islam??

Tak banyak yang dipinta sahabat...
Kita hanya perlu berhenti membeli!!!

Sayangi mereka sahabat,,,,
Menjadi hak mereka untuk kita bantu...
Tak susah sahabat....
Jimatkan duit kalian hanya dengan tidak membeli...

Kita Bersaudara bukan???