Sunday, 11 January 2009

Hanya Hamba....tiada siapa-siapa.

Hamba ini hamba ilahi,
diikat janji pertuanan robbi,
Diri ini diintai pasti,
Intaian kota yang cuba didiri..
*************************************************************************************
Hamba ini hamba ilahi,

Tidak dinafikan lagi...hidupnya kita,hidup menumpang.Hidupnya kita, hidup menagih.
Walau siapa-siapa pun kita, besar mana pun,kecil mana pun,kaya mana pun, miskin mana pun,pandai mana pun,jahil mana pun,baik mana pun atau jahat mana pun.TETAP dan PASTI nya, kita hamba Ilahi.

Sedarkah kita akan hakikat ini?
Setiap saat setiap ketika,tangan kita tadah.
"Ya Allah...berikan ampun pada ku."
"Ya Allah...berikan Aku itu."
"Ya Allah..berikan aku ini."
"Ya Allah..berikan aku sana."
"Ya Allah..berikan aku sini."
"Ya Allah...perkenankanlah doaku."
Namun, tetap udaraNya kita hirup!tetap bumiNya kita pijak!dan tetap langitNya kita berteduh!
Dalam kita meminta yang lebih,kita sememangnya telah pun 'meratah' nikmatNya. Kecilkan kita?Hinakan kita?


Cuba kita bayangkan.....
mampukah kita hidup tanpa Ilahi?
Cuba Kita ukur.....
Mampukah kita merasakan keseronokan dunia tanpa izinNya?
Cuba kita hitung.....
Berapa banyakkah kita merasa perlunya TUHAN dalam hidup kita?
Cuba Kita nilai....
Bersyukurkah kita?
Cuba Kita tilik....
Penghuni syuga atau neraka kah kita?
Bagaimanakah kesudahan kita wahai sahabat?
Tertawakah?Terseksakah?

Ya Allah!HambaMu ini merayu!Kasihanilah kami!Simpatilah pada kami!
Benar Tuhan!Benar!
Aku tak punya kuasa sedikit pun dalam menentukan nasib diriku!
Benar Tuhan!Benar!
Aku tak berupaya sedikit pun untuk berbuat apa-apa,tanpa Belas kasihan dariMu tuhan!
Aku tagih empati Mu tuhan!
Aku dahagakan pertolonganMu tuhan!

Begitulah..resam hamba...minta,minta dan terus meminta.
Kalau lah manusia punya hamba,yang asyik2 meminta,
sudah pastinya hamba itu ditendang..
"Ambik kau hamba tak sedar diri! aku dah kasi kau makan pun dah cukup,kau tahu?Kau ingat aku siapa?Aku bukan orang yang kau boleh meminta-minta.Kau buat kerja kau!Jangan banyak soal!Dah hamba tu hamba sajalah.Faham?Atau kau mahu aku terajang kau lagi?Ha?"
Itu manusia....tetapi....
kita perlakukan tuhan begitu,terus meminta tiada malu.Siapa kita?
Namun..Allah,sifatnya Maha segala...Maha sayang pada kita.
Tak mengapa hambaKu...kau tunggulah dan aku menunggu jua...
Atas sayang Muhammad...kita masih lagi bernyawa...
Atas kasihnya Muhammad...Allah beri kita masa....sampai suatu masa....yang pasti tiada lagi tunda.

Ya Allah...segalanya atas dasar simpati rupanya aku hidup di dunia ini...


diikat janji pertuanan robbi,

"Wa maa Kholaktu jinni wal ins,illaa liya'buduun...."

Wahai hamba yang tidak tahu erti segan dan silu...
Lupakah kamu wahai hamba?
Ingatkah kamu,bahawa kamu telah berjanji?
Kamu berjanji,kamu akan menyembah tuhan yang satu bukan?
Kamu berjanji,kamu akan melaksanakan arahan dan meninggalkan tegahanNya bukan?

Tidak ingatkah kamu?
Lantas,apalagi yang perlu diingatkan wahai hamba?
Kotakan janji mu wahai hamba! Kotakan!

Diri ini diintai pasti,

Awas wahai hamba...
ada yang memerhatikan mu...
ada yang mengekori mu...
ada yang mengawasi mu...
"Benarkah?siapa?di mana dia?"
Takutkah kamu wahai hamba?
Mengapa?
Jangan khuatir...
Dia tidak jauh dari kamu...
dekat sahaja...
malah sangat hampir...
bahkan hampir lagi dari urat leher mu sendiri...
Cuma mahu tahu, adakah kamu hamba yang taat?
Cuma mahu tahu, apakah kamu hamba yang toleh?

Apakah kamu fikir kamu diciptakan untuk main-main?
Apakah kamu fikir kamu diciptakan dengan sia-sia?
TIDAK bahkan TIDAK!
Ada caturan buat kamu!
Ada perhitungan dengan kamu!
Dikala kamu seorangan..
Dikala kamu tiada berteman..
Dikala kamu ketakutan..
Kamu...tidak akan boleh lari lagi...
Neraca mu membacakan segala.
Jangan kamu tidakkan ia...
itulah kamu hamba Allah!atau..hamba syaitan?


Intaian kota yang cuba didiri.

Ya...aku tahu..untuk itu aku dihidupkan..
Ya..aku tahu..untuk itu aku diberi nafas..
Ya..aku tahu..Tuhanku Allah,Ilahi robbi!
Ya..aku tahu..aku dengan nama ku..
akulah hambaMU..wahai tuhan..
Janji..aku taburi..
kota..pastinya Kau ingini..
Benarkan Tuhan?
Aku cuba...
Cuba mengotakan janjiku..
Aku bukan siapa-siapa..
Jari yang menari menaip ini..
Bukan aku yang punya kuasa..
Allah yang berikan padaku kuasa..
tuhan...jika tiada Engkau memeliharaku..siapa lagi tuhan?

0 comments:

Post a Comment