Monday, 6 February 2012

3

I'm Back after 2 years !

Allah2... Lama benar dah tak update blog ni. Alhamdulillah, tergerak hati hari ni utk coret-coret sedikit ttg apa yang dah berlaku selama hampir 2 tahun 'bersembunyi'.

Segala puji bagi Allah tuhan yang hanya satu disembah !
Maha cantik segalanya yang diaturkan.
Percayalah sahabat, Allah sangat sayangkan kita melebihi kasih ibu dan bapa, tidak akan sesekali dibenarkanNya kita sendirian sedangkan Dia telah berjanji bahawa semuanya diciptakan berpasang-pasangan.

Oct 2010 : Bertunang

Upacara sarung cincin

Bergambar kenangan bersama kedua ibu bapa Antara hantaran dari pihak lelaki

Hantaran pihak perempuan

April 2011 : Kahwin

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerna telah menetapkan hati kami berdua dalam pemilihan ini. Alhamdulillah kerna Dia jua yang telah memudahkan segala urusan.
Majlis yang ringkas dan singkat namun meriah. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
Tiada kata yang dapat diungkap atas pernikahan ini. Semoga Allah jualah yang memeliharanya bagi pihak kami, kami hambaMu yang berserah diri. Amin...

Terima kasih tidak terhingga kepada kedua ibu bapa yang banyak bekerja keras untuk menjayakan persiapan majlis sepanjang ketiadaan kami di tanah air. Alhamdulillah, final exam 3rd year MBBS dilalui dengan tenang sebelum berangkat pulang ke tanah air untuk persiapan majlis beberapa hari kemudiannya.

Terima kasih juga pada Aspera production atas sponsor video dan gambar2 perkahwinan.


Allah.. Engkau yang menyatukan hati kami Ya Allah.
Berkatilah perkahwinan ini dan tetapkanlah cinta di hati-hati kami.
Allah.. Engkau yang mentakdirkan rumahtangga ini Ya Allah.
Limpahkanlah kami keampunanMu dan tunjukilah kami ke syurgaMu.. Amiiin..




Alhamdulillah.. setelah setahun kami mula saling mengenali antara satu sama lain. Alhamdulillah, perkenalan yang tidak dimulai sebelum berkahwin. Allah.. peliharalah..

2 tahun yang berlalu dirasakan begit singkat. sedar tak sedar diri bertukar status dari seorang bujang, menjadi tunangan orang kemudiannya kini memegang status isteri. Tidak dirasakan juga betapa cepatnya masa berlalu, 5 tahun di India kini hampir dihujungnya, InsyaAllah 7 bulan dari sekarang, kami bakal pulang ke Malaysia for good.

Tiada kata yang boleh di ungkap melainkan Alhamdulillah. Tetapkan lah hati-hati ini untuk menjadi hambamu yang bersyukur.. ^^

Gerun mengingatkan ayat ini : " Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman